KUALA LUMPUR 25 Julai — Keadaan pengarah filem dan iklan terkenal Yasmin Ahmad, yang mengalami strok dan pendarahan di bahagian otak pada Khamis lepas, semakin merosot.
Adik iparnya, Datuk Dr. Zakaria Zahari berkata, Yasmin masih terus menerima bantuan alat sokongan hayat di Unit Rawatan Rapi, Hospital Pakar Damansara.
“Keluarga kami amat menghargai doa yang tidak putus-putus buat Yasmin,” katanya dalam kenyataan ringkas yang dikeluarkan hari ini.
Dr. Zakaria berkata, keluarganya turut memohon agar tiada pelawat yang berhimpun di hospital.
Perkembangan terkini akan dikeluarkan pagi esok, katanya.
Yasmin, 51, rebah ketika membentangkan kertas kerja di Sri Pentas, ibu pejabat stesen televisyen TV3, pada Khamis dan dikejarkan ke Hospital Pakar Damansara.
— BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment