Pages

Saturday, June 13, 2009

TIGA KALI BEDAH BUAH DADA

PELAKON Hollywood Denise Richards, mengakui pernah menjalani pembedahan plastik ke atas buah dadanya.

Bukan sekali dua, tetapi tiga kali.

Denise, 38 tahun, memberitahu Howard Stern di rancangan Sirius di radio:

'Semula jadi di bahagian luarnya, tetapi tidak di dalamnya.'

Pelakon yang pernah membintangi filem-filem seperti Loaded Weapon 1, Wild Things, Scary Movie 3, berkata beliau menjalani pembedahan plastik itu selepas berpindah ke Los Angeles untuk menjadi pelakon.

'Ketika itu saya baru berusia 19 tahun dan rakan sebilik saya mendapatkan pembedahan plastik terbaik untuk buah dadanya. Ketika itu saya rasakan buah dada saya terlalu kecil dan saya fikir ia boleh dibeli di mana-mana kedai dan dipasang begitu saja,' katanya.

Laman US Magazine.com melaporkan selepas menjalani pembedahan plastiknya yang pertama, Denise mendapati buah dadanya terlalu besar untuk tubuhnya. Justeru beliau menjalani pembedahan kali kedua.

'Dalam pembedahan kedua, doktor itu memasukkan silikon yang jauh lebih besar daripada yang pertama,' ujar beliau.

Menurutnya doktor tersebut mulanya menjangka Denise ingin kelihatan lebih seksi kerana beliau seorang pelakon. Tetapi selepas prosedur ketiga berlangsung, beliau mendapati dirinya lebih menawan.

Apabila diminta sekiranya apa yang dilakukannya itu betul, Denise menjawab: 'Saya terlalu muda ketika itu dan sepatutnya menjalankan lebih penyelidikan. Ia satu kesilapan amat besar. Wahai anak muda, janganlah lakukannya,' ujarnya.

No comments:

Posting Terkini