Pages

Wednesday, April 8, 2009

Perbicaraan Ronnie Liu pada 29 Oktober ini

PETALING JAYA: Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 29 Oktober ini untuk perbicaraan kes Exco kerajaan negeri Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew, yang didakwa bersubahat menghalang penjawat awam daripada menjalankan operasi mencegah maksiat, November tahun lalu.

Majistret Mohd Ibrahim Ghulam membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan dan pembelaan bersetuju dan bersedia dengan tarikh itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Negeri Selangor itu, didakwa menghalang pegawai penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Mohammad Hadzim Zulkapli di Hotel Chile, No 10, Jalan Kenari 6, Puchong dekat sini pada 2 November 2007.

Liu, 50, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Pandamaran didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM10,000 jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin manakala Liu diwakili peguam Gobind Singh Deo. - Bernama

No comments:

Posting Terkini