Pages

Tuesday, April 28, 2009

Penduduk La Gloria dakwa ladang babi punca wabak

LA GLORIA (Mexico): Penduduk di sini percaya bandar mereka adalah punca wabak selesema babi dengan lebih daripada 450 mereka mendakwa mengalami masalah pernafasan akibat pencemaran najis babi daripada ladang ternakan berhampiran yang sebahagiannya dimiliki syarikat Amerika.

Malah seawal Mac lalu kira-kira satu perenam daripada 3,000 penduduk di negeri Veracruz mula mengalami jangkitan pernafasan teruk yang mereka percaya berpunca dari ladang ternakan yang terletak 8.5 kilometer dari situ.

Pegawai kesihatan Mexico berkata mereka belum mengenal pasti punca wabak selesema babi yang menyebabkan sekurang-kurangannya 20 kematian sehingga kini. - AP


No comments:

Posting Terkini