Pages

Sunday, April 12, 2009

Mahkamah lepas 2 ahli perniagaan ditahan SPRM

BALIK PULAU: Mahkamah Majistret di sini hari ini melepaskan dua ahli perniagaan yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Khamis lalu berhubung dakwaan menerima wang suapan RM600,000 berkaitan sebidang tanah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, berkata kedua-dua mereka dibawa ke Mahkamah Majistret Balik Pulau berikutan perintah tahanan reman yang diberikan selama tiga hari sebelum ini, tamat hari ini.

Kedua-dua lelaki warga tempatan yang berusia dalam lingkungan 50-an itu ditahan SPRM berikutan satu laporan yang dibuat terhadap mereka dua minggu lalu.

"Mereka tiba di mahkamah kira-kira 10.50 pagi tadi dan telah dibebaskan dengan jaminan RM10,000 setiap seorang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ahmad Said berkata, siasatan berhubung dakwaan itu sedang giat dijalankan dan jika didapati ada kes membabitkan kedua-dua lelaki itu, mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009 kerana menerima wang suapan. - Bernama

No comments:

Posting Terkini