Pages

Wednesday, March 4, 2009

Usah panjangkan isu kalimah: Nik Aziz

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata beliau tidak mahu memanjangkan isu penggunaan perkataan Allah bagi agama lain kerana khuatir ia boleh mengelirukan rakyat dan umat Islam.

Mursyidul Am Pas itu, berkata ini kerana beliau mempunyai pandangan berbeza dari sudut lain, manakala orang lain berpandangan dari sudut lain.

"Bagi mengelakkan ia boleh mengelirukan orang ramai, lebih baik saya tidak ulas panjang tentang isu itu," katanya di rumahnya di Kampung Pulau Melaka di sini, malam tadi.

Beliau diminta mengulas kenyataan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar, yang mahu menteri besar itu memberi penjelasan lebih lanjut mengenai kenyataannya sebelum ini bahawa perkataan Allah boleh digunakan oleh semua agama, bagi mengelakkan kekeliruan umat Islam mengenai isu itu.

Nik Abdul Aziz sebelum ini dilapor sebagai menyifatkan tidak salah untuk orang bukan Islam menggunakan perkataan Allah bagi merujuk kepada Tuhan.

Beliau dilaporkan berkata, dalam al-Quran sendiri ada menceritakan bahawa orang bukan Islam menggunakan perkataan Allah sejak zaman berzaman lagi.

"Saya mempunyai pandangan berbeza dari sudut lain, manakala orang lain berpandangan lain dari sudut mereka faham. Bagi mengelak kekeliruan, baik saya tidak ulas panjang tentang isu itu," katanya. - Bernama

No comments:

Posting Terkini