Pages

Saturday, March 21, 2009

PM Thai, menteri bebas daripada undi tak percaya

BANGKOK: Perdana Menteri Thai, Abhisit Vejjajiva dan lima menteri Kabinetnya bebas daripada undi tidak percaya yang dikemukakan pembangkang berhubung dakwaan rasuah.

Selepas dibahaskan dua hari, usul itu dibuka untuk undian hari ini dengan menyaksikan 246 Ahli Parlimen menyokong Abhisit manakala 178 menentangnya.

“Sehubungan itu, Perdana Menteri kekal dalam jawatannya," kata Speaker Parlimen, Chai Chidchob, hari ini.

Usul berkenaan mendakwa Abhisit mengemukakan maklumat salah kedudukan kewangan Parti Demokrat yang dikatakan menerima jutaan dana dan derma untuk diagihkan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya.

Abhisit dalam rekasinya berkata beliau lega dengan keputusan undian Ahli Parlimen itu dan mengetepikan kemungkinan akan melakukan rombakan Kabinet. - AFP

No comments:

Posting Terkini