Pages

Thursday, March 12, 2009

MU benam Inter Milan 2-0

MANCHESTER: Manchester United meneruskan keunggulan sebagai penyandang juara dengan menempah tiket ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah apabila menundukkan Inter Milan 2-0, di Old

Trafford, pagi tadi.

Gol awal United diperoleh menerusi Nemanja Vidic pada minit ke-4, diikuti jaringan Cristiano Ronaldo pada minit ke-49.

Pada pertemuan dengan Inter di San Siro Itali dua minggu lalu, kedua-dua pasukan hanya seri tanpa jaringan.

Kemenangan itu membolehkan United melangkah sebagai lapan pasukan untuk saingan suku akhir.

Perlawanan pagi tadi nyata milik United yang mempamer prestasi kemuncak bagi menyaingi anak buah Jose Mourinho yang sebelum ini menjadi musuh ketat pengurus United, Alex Ferguson.

Inter bagaimanapun mempunyai dua peluang terbaik menjaringkan gol tetapi penyudahan yang kurang tajam. - Reuters

No comments:

Posting Terkini