Pages

Thursday, March 12, 2009

Arsenal tewaskan Roma menerusi penalti

ROME: Tendangan penalti Max Tonetto yang jauh tersasar menyaksikan AS Roma berputih mata bagi membolehkan Arsenal menang 7-6 pada perlawanan Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi tadi.

Roma berjaya mengikat kedudukan agregat 1-1 selepas pemain pertahanan, Juan berjaya menyumbat gol menerusi hantaran Francesco Totti.

Pada pertemuan dua minggu lalu di England, Arsenal menang 1-0.

Kedudukan terikat tamat 90 minit permainan diikuti tambahan masa tetapi kedua-dua pasukan masih gagal memperoleh kelebihan gol.

Ini memaksa tendangan penalti dengan suasana penuh dramatik dan mendebarkan sebelum Tonetto mengambil tendangan yang menyaksikan ledakannya jauh tersasar. - Reuters

No comments:

Posting Terkini