Pages

Monday, March 2, 2009

Iran "tidak hampir" kepada senjata nuklear: Gates

WASHINGTON: Iran belum hampir untuk memiliki senjata nuklear, sekali gus memberi Amerika Syarikat dan pihak lain masa untuk memujuk Tehran meninggalkan program nuklearnya, kata Setiausaha Pertahanan Amerika, Robert Gates.

"Mereka tidak hampir kepada pengumpulan stok, mereka tidak hampir kepada senjata pada masa ini dan kita mempunyai masa," katanya pada rancangan "Meet The Press" siaran rangkaian NBC.

Ulasan Gates itu berikutan wawancara CNN dengan Ketua Turus Angkatan Tentera Amerika, Laksamana Mike Mullen, bahawa beliau percaya Iran mempunyai cukup bahan nuklear untuk membina bom nuklear.

"Kami percaya mereka memilikinya," kata Mullen.

Amerika mengesyaki Iran menggunakan program nuklearnya untuk membina bom nuklear tetapi Tehran menegaskan ia untuk tujuan keamanan bagi menjana elektrik.

Pentadbiran Presiden Barack Obama memilih usaha diplomatik dengan Iran bagi mengendurkan pertelingkahan berhubung matlamat program nuklearnya. - Reuters

No comments:

Posting Terkini