Pages

Wednesday, March 18, 2009

Coca-Cola lupakan hasrat kuasai syarikat jus China

BEIJING: Coca-Cola melupakan hasratnya untuk mengambil alih syarikat jus terkenal China, Huiyuan bernilai AS$2.4 bilion selepas mengetahui pihaknya mungkin tidak dibenarkan untuk menggunakan jenamanya sendiri, kata Financial Times, hari ini.

Menurut laporan akhbar itu tanpa mendedahkan sumbernya, berkata perjanjian itu, yang akan menyaksikan pengambilalihan terbesar syarikat luar ke atas syarikat China, kini berada di peringkat berisiko apabila kementerian perdagangannya tidak membenarkan gergasi minuman Amerika Syarikat untuk mendapatkan hak jenamanya.

"Sekiranya Coke tidak boleh memiliki jenama Huiyuan, ia adalah sukar untuk menjadi lebih optimistik tentang kejayaan menamatkan perjanjian ini," katanya. - AFP

No comments:

Posting Terkini