Pages

Friday, March 20, 2009

3 maut serangan roket di Pakistan

PESHAWAR: Tiga orang awam terbunuh apabila kumpulan militan melancarkan serangan roket ke atas sebuah pekan kecil di kawasan pedalaman di Khyber, lewat semalam.

Tiga roket dilancarkan dengan salah satu disasarkan ke arah markas tentera sehingga menyebabkan seorang askar cedera.

Dua lagi roket ditujukan ke arah pekan utama di Landi Kotal, menyebabkan tiga orang awam terbabit terbunuh, manakala 18 pagi cedera.

Menurut seorang pegawai keselamatan di sini, sejak beberapa bulan lalu, puak militan semakin agresif melancarkan serangan dengan mensasarkan markas tentera Nato.

Antara kawasan sasaran ialah pusat yang menempatkan logistik Nato di luar Peshawar, selain membakar kenderaan dan kontena yang dikatakan membawa bekalan untuk tentera yang berkhidmat di Afghanistan. - AFP

No comments:

Posting Terkini