Pages

Tuesday, March 17, 2009

2 maut, 4 cedera serangan bom di selatan Filipina

ZAMBOANGA (Filipina): Dua terbunuh dan sekurang-kurangnya empat cedera dalam serangan bom tangan yang didakwa adalah perbuatan militan Islam di selatan Filipina, kata polis dan tentera, hari ini.

Polis berkata, lelaki yang terbabit dalam serangan itu dipercayai ahli kumpulan Abu Sayyaf yang membaling bom tangan ke dalam bar karaoke di Pulau Jolo, lewat semalam.

Katanya, kumpulan Abu Sayyaf juga turut menculik tiga sukarelawan palang merah, termasuk seorang warga Itali dan Switzerland, di pedalaman hutan Jolo.

Tambahnya, serangan itu bertujuan untuk mengalihkan tekanan ketenteraan terhadap penculik itu.

“Letupan itu disasarkan ke arah bar. Kami menerima laporan mengatakan bahawa UTG adalah pihak yang bertanggungjawab melakukan serangan itu,” kata ketua polis bandar itu, Inspektor Usman Pingay, sambil menambah ia merujuk kepada kumpulan pengganas bandar (UTG), satu daripada unit dalam kumpulan Abu Sayyaf. - AFP

No comments:

Posting Terkini