BUKIT MERTAJAM: Umno Pulau Pinang hari ini mendesak kerajaan negeri membubarkan Majlis Perundingan Antara Agama yang ditubuh tahun lalu kerana menganggap badan itu mahu meletakkan Islam setaraf dengan agama lain.
"Seluruh umat Islam di negeri ini sepatutnya mendesak kerajaan negeri supaya majlis ini dibubarkan kerana ia menyinggung perasaan umat Islam," kata Setiausaha Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim kepada pemberita di sini, hari ini.
Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp), Shabudin Yahaya, dipetik oleh sebuah akhbar hari ini sebagai berkata bahawa cubaan menyamakan Islam dengan fahaman agama lain ternyata menghina Islam dan tindakan seperti itu mesti dihentikan.
Azhar berkata majlis yang anggotanya terdiri daripada Islam dan bukan Islam itu tidak perlu ditubuhkan kerana perkara berhubung hal ehwal Islam bolehdiuruskan oleh orang Islam sendiri.
"Ini tidak bermaksud kita tidak menghormati agama lain. Kita menghormati mereka dan kita harap mereka juga menghormati kita.
"Kita ada sekarang Exco yang beragama Islam dalam pentadbiran kerajaan negeri tapi apa yang mereka buat?," katanya. - Bernama
Tuesday, February 24, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment