Pages

Tuesday, February 24, 2009

Pilihan raya kecil Batang Ai perlu diadakan: SPR

PUTRAJAYA: Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri(DUN) Batang Ai di Sarawak perlu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dublin Unting Ingkot, 56, hari ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata ini kerana penggal DUN itu baru berusia lebih dua tahun dan mengikut Perlembagaan Negeri Sarawak, penggal akhir DUN itu ialah pada Julai 2011.

"Maknanya, ada dua tahun lebih. Justeru, pilihan raya kecil perlu diadakan," katanya.

Mengenai tarikh pilihan raya kecil itu, Abdul Aziz berkata perkara itu perlu dibincangkan terlebih dahulu.

Beliau berkata, Speaker DUN Sarawak belum memaklumkan kepada SPR mengenai kekosongan kerusi DUN berkenaan dan menjangka akan menerima surat terbabit sehari dua lagi. - Bernama

No comments:

Posting Terkini