Pages

Sunday, March 1, 2009

SPRM tetapkan tempoh setahun selesai setiap aduan

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang mula beroperasi sejak 1 Januari lalu, meletakkan sasaran untuk menyelesaikan setiap aduan dikemukakan dalam tempoh setahun, kata Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan.

Peruntukan undang-undang perjalanan SPRM menjelaskan dengan adanya Jawatankuasa Semakan Operasi, suruhanjaya ini tidak harus mengambil masa lebih daripada setahun untuk menyelesaikan siasatan terhadap setiap aduan yang dikemukakan.

"Jika kami melangkaui tempoh setahun, kami perlu menjelaskan kepada Jawatankuasa Semakan Operasi... ini adalah peraturan baru," kata beliau dalam temu bual dengan Sunday Star, yang disiarkan hari ini.

Sebelum ini SPRM dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Ia dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Selasa lalu.

Tujuan utama SPRM adalah untuk membasmi semua bentuk rasuah, salah guna kuasa dan dan penyelewengan.

SPRM merupakan salah satu daripada lima inisiatif Abdullah sebelum bersara daripada jawatan Perdana Menteri akhir bulan ini.

Kata Abdullah, SPRM diwujudkan bukan disebabkan desakan mana-mana pihak atau dibuat berdasar pertimbangan politik atau pertimbangan ekonomi semata-mata, tetapi lahir daripada keinginan kerajaan mewujudkan masyarakat Malaysia yang dihormati tinggi dan yang mengamalkan budaya integriti dan menolak rasuah dalam semua aspek kehidupan.

Kata beliau, pelbagai langkah telah diambil untuk menjadikan SPRM antara agensi terbaik di dunia seperti badan yang serupa di Hong Kong dan New South Wales, Australia.

SPRM telah diberi kuasa undang-undang tambahan yang memboelhkannya menyiasat bentuk rasuah yang sebelum ini di luar bidang kuasanya manakala bilangan petugasnya akan ditambah termasuk mempunyai 5,000 pegawai penyiasat.

Dalam temu bual itu, Ahmad Said menjelaskan, peruntukan baru ini diguna pakai ke atas aduan-aduan yang diterima selepas 1 Januari.

Oleh itu kata beliau, kes-kes yang dibangkitkan sebelum 1 Januari lalu masih disiasat di bawah Akta Pencegahan Rasuah, di mana Peguam Negara akan memutuskan sama ada mahu mendakwa atau sebaliknya dan ia akan diuruskan mengikut mekanisme yang lama.

Peguam Negara ni boleh dipercayai ke?. Rasa-rasanya antara Peguam Negara dan Ketua Pesuruhjayanya SPRM ni 2 x 5 je, kong kali kong. Semuanya menurut arahan Najib Razak. Kalau Najib kata siasat. mereka siasat. Kalau Najib kata, kita acah-acah je, bagi gempak. Maka Peguam Negara dan SPRM pun acah-acah jugaklah. Tidak ubah seperti anjing suruhan.

Takanlah Najib nak luluskan untuk siasat Rosmah Mansor yang didakwa terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya. Tak mungkin Najib nak benarkan SPRM siasat dengan telus kes rasuah Najib Razak yang didakwa terima rasuah berbillion-billion ringgit hasil “Eurocopter dealings”. Maka itu, benarlah apa yang telah RAKYAT ringkaskan maksud SPRM - Suruhanjaya Perlindungan Rasuah Malaysia.

Hello Datuk Seri Ahmad Said, lu jangan ingat RAKYAT bodoh termakan dengan ucapan dan godaan lu. Opp sorry!!, mungkin ada mangkok berayun yang tergoda dengan kata-kata manis lu. Siapa?. Hanya Pemuda UMNO dan mereka yang percayakan kepada laporan Utusan dan TV3suku serta blog-blog aparat pencacai UMNO. Merekalah golongan yang rugi dan sentiasa berada dalam KECELAKAAN.


"Jika mereka mengatakan bahawa sesuatu kes itu sudah ditutup, ia dikira ditutup.

"Bagaimanapun bermula 1 Januari lalu, ia akan ditentukan oleh bahagian perundangan kami," katanya.

"Pasukan undang-undang kami perlu menghadiri mesyuarat bersama Jawatankuasa Semakan Operasi dan jika tiada kes, pegawai undang-undang kami perlu menjelaskan mengapa tiada kes," kata beliau.

Jawatankuasa Semakan Operasi juga akan memperoleh laporan mengenai semua kes daripada Pendakwa Raya apabila tiada keputusan selepas enam bulan dan akan menawarkan pandangan pakar ke atas kes-kes yang diputuskan untuk tidak didakwa.

"Kami perlu memberikan penjelasan ke atas setiap kes, tidak kira kecil atau besar, meskipun ia melibatkan RM10.

"Jawatankuasa Semakan Operasi boleh bertanya tentang butiran dan suruhanjaya perlu mengemukakan penjelasan.

"Ini bukan jenaka... adakah anda fikirkan yang kami mahukan ini semua? Kami tidak mahu," kata Ahmad Said sambil menambah, "kini kami perlu membuat banyak kerja."

Jawatankuasa Semakan Operasi itu terdiri daripada tujuh anggota iaitu bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Hadenan Abdul Jalil; peguam Datuk Cecil Abraham; profesor perakaunan, Dr. Syed Noh Syed Ahmad dan Presiden Institut Akauntan Malaysia, Nik Mohd. Hasyudeen Yusoff.

Anggota lain terdiri daripada Presiden Institut Juruadit Dalaman Malaysia, Walter Sandosam; Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Amanah Raya Berhad, Datin Aminah Pit Abd. Raman dan Ketua Pegawai Eksekutif IA Group, Datuk Md. Hamzah Md. Kassim.

No comments:

Posting Terkini