Pages

Tuesday, February 24, 2009

SEKILAS - DUNIA dan MALAYSIAKINI

Mantan presiden Taiwan masih berlapar

TAIPEI: Bekas Presiden Taiwan, Encik Chen Shui-bian, semalam masih meneruskan mogok lapar di penjara.

Chen hanya minum air sejak Jumaat lalu sebagai membantah perbicaraannya yang didakwa didorong oleh motif politik oleh pemerintah pro-China.

Dia dijadualkan dibicarakan hari ini atas tuduhan rasuah, menggelapkan dana pemerintah dan memindahkan wang secara haram.

Chen sejauh ini tidak mengaku bersalah. -- AFP.

Pendakwa raya gesa juruterbang dipenjara

YOGYAKARTA: Pihak pendakwa raya menggesa agar juruterbang yang menyebabkan pesawat Garuda terhempas pada 2007 dipenjarakan empat tahun atas tuduhan cuai.

Tuduhan lebih serius ke atas Marwoto Komar bahawa dia menghempaskan pesawat Boeing 737 dengan sengaja bagaimanapun digugurkan.

Dalam kejadian itu, 21 daripada 140 penumpang terkorban, apabila pesawat itu terbakar ketika mendarat di lapangan terbang di Yogyakarta.

Lima rakyat Australia adalah antara yang terkorban. -- AFP.

MB Selangor tidak gentar

SHAH ALAM: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak gentar dengan kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa mereka mempunyai bukti dan keterangan kukuh berhubung dakwaan beliau menyalahguna wang kerajaan negeri bagi penyelenggaraan kereta peribadi dan pembelian 46 lembu korban.

Menteri Besar Selangor itu berkata beliau tidak takut kerana perkara itu hanya perbezaan pendapat antara beliau dengan pihak terbabit. -- BHM.

DAP sokong syor Nik Aziz

KOTA BAHRU: Parti Tindakan Demokratik (DAP) Kelantan menyokong saranan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, supaya Anggota Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali, meletak jawatan bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan.

Setiausaha Jawatankuasa Penaja DAP Kelantan, Encik Sew Kok Beng, berkata langkah itu sejajar dengan hasrat pengundi di kawasan tersebut yang mahukan seorang pemimpin 'berwibawa dan mengenang budi'. -- Bernama.

Pemimpin MCA dipanggil polis

PETALING JAYA: Timbalan Presiden Persatuan Cina Malaysia (MCA), Datuk Dr Chua Soi Lek, dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pagi semalam untuk memberi keterangan berhubung rakaman aksi lucah beliau bersama pasangannya.

Mantan Menteri Kesihatan itu tiba pada 10 pagi dan keluar sejam kemudian.

Bagaimanapun, Dr Chua enggan memberi sebarang ulasan apabila ditemui pemberita. -- BHM.

No comments:

Posting Terkini