Pages

Friday, February 20, 2009

Sah Shahrizat cabar Rafidah, Kamilia menang jawatan Naib Ketua

PETALING JAYA: Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sah mencabar Tan Sri Rafidah Aziz dalam pemilihan jawatan Ketua Wanita Umno bulan depan.

Dengan keputusan itu, Datuk Kamilian Ibrahim pula memenangi jawatan Naib Ketua Wanita tanpa bertanding.

Utusan Malaysia memetik pejabat Setiausaha Agung melaporkan Shahrizat memilih untuk bertanding jawatan Ketua Wanita.

Katanya, borang penerimaan dan penolakan pencalonan yang dikembalikan oleh Shahrizat baru-baru ini menunjukkan beliau menolak untuk bertanding jawatan Naib Ketua Wanita dan kerusi Majlis Tertinggi.

Hari ini merupakan hari terakhir bagi seseorang ahli Umno untuk menerima pencalonan atau sebaliknya.

Pemilihan tiga sayap Umno iaitu Pemuda, Wanita dan Puteri diadakan sehari lebih awal sebelum pemilihan pusat.

Shahrizat menerima 73 pencalonan manakala Rafidah pula 118 pencalonan.

Mesyuarat Exco Pergerakan Wanita Umno petang ini.

Shahrizat sudahpun membayangkan akan mencabar Rafidah akhir tahun lalu.

No comments:

Posting Terkini