IPOH: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang masih mendakwa beliau sebagai Menteri Besar Perak yang sah, pagi ini mengadakan mesyuarat khas Exco Kerajaan Negeri di kediaman rasmi di sini.
Antara lain mesyuarat itu membincangkan untuk membenarkan sistem penerbangan tambang murah, Firefly ke Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah.
Kediaman rasmi Menteri Besar terletak di Jalan Raja Idris Shah.
Beliau mempengerusikan mesyuarat itu sehari selepas Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak yang baru.
Semalam Nizar berkata, akan memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Ipoh untuk mengisytiharkan bahawa pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang baru tidak sah.
Nizar yang masih mempertahankan bahawa beliau masih Menteri Besar Perak berkata pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar dibuat tanpa mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.
Semalam, Mohammad Nizar juga mengulangi kenyataan beliau bahawa beliau dan keluarganya tidak akan mengosongkan kediaman rasmi Menteri Besar Perak.
Saturday, February 7, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment