Pages

Friday, February 6, 2009

MB baru angkat sumpah

KUALA KANGSAR: Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir (gambar) sebentar tadi menerima watikah lantikan dan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak yang baru di Istana Iskandariah, di sini.

Beliau menerima watikah lantikan daripada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan seterusnya mengangkat sumpah di hadapan baginda kira-kira pukul 4 petang tadi.

Beliau yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor semalam diumumkan sebagai Menteri Besar Perak yang baru oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Pelantikan beliau itu telah mendapat perkenan daripada Sultan Perak, semalam.

Sementara itu, ribuan penyokong Pakatan Rakyat berkumpul di luar istana membantah upacara tersebut.


2 comments:

Mrkolumpo said...

angkat sumpah ke nak jadi sesumpah???
tu yg SUK tu satu hal..apa ke mcm cilaka sgt perangai ko tuhhhh

Fazrulls said...

Tahniah buat MB yang baru.. selamat...bekerja untuk rakyat.. ingat jangan makan rasuah.. kalau makan juga.. lu tanggung lah sendiri...nanti..

Salam,

Posting Terkini