Pages

Friday, January 23, 2009

Tiga wakil rakyat dituduh sertai perhimpunan haram

PETALING JAYA 23 Jan. - Tiga wakil rakyat dan seorang anggota majlis perbandaran adalah antara 21 orang yang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan berhimpunan secara haram dan mengingkari perintah bersurai.

Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kim Wee, 37, Anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew, 51, Anggota Dewan Undangan Negeri Selangor kawasan Kampung Tunku, Lau Weng San, 31, dan Anggota Majlis Perbandaran Petaling Jaya, Tiew Way Keng, 28, bersama 17 lelaki lain didakwa mengambil bahagian dalam satu perhimpunan yang menyalahi undang-undang di Laman MBPJ berhadapan bangunan Majlis Bandaran Petaling Jaya, Jalan Yong Shook Lin, Petaling Jaya antara 9.50 malam dan 10.10 malam 9 Okt 2008 lepas. - Bernama

No comments:

Posting Terkini