Pages

Wednesday, January 21, 2009

Syarikat Lombong Utama Dunia Bakal Pecat 6,000 Pekerja

MELBOURNE, 21 Jan -- BHP Billiton, syarikat perlombongan terbesar dunia akan memberhentikan 6,000 pekerja termasuk 3,400 di Australia, daripada keseluruhan jumlah tenaga kerja globalnya dengan kelembapan ekonomi.

Syarikat itu berkata ia akan memberhentikan 101,000 tenaga kerja global iaitu kira-kira enam peratus berikutan keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu kini, demikian menurut laporan Australian Associated Press.

"Ini merupakan keputusan yang amat serius dan kami tidak memandang ringan mengenainya tetapi akhirnya ia perlu dibuat dan keputusan itu adalah betul," kata Ketua Pegawai Kewangan BHP Billiton Alex Vanselow kepada pemberita pada sidang media di sini.

BHP Billiton akan menggantungkan operasi di lombong nikel Ravensthorpe dan mengurangkan pengeluaran di lombong Mount Keith di Western Australia, yang menyebabkan 2,100 kontraktor dan pekerja kehilangan pekerjaan.

Syarikat juga akan mengurangkan kira-kira 550 pekerjaan di Pinto Valley di Amerika Syarikat, 200 pekerjaan di projek Olympic Dam di South Australia serta 2,000 pekerjaan di lombong logam di Chile.

BHP Billiton juga mengurangkan pengeluaran arang batu di Queensland sebanyak kira-kira 10 hingga 15 peratus berikutan penurunan permintaan.

Terdapat ketidak tentuan dalam tinjauan masa depan jangka sederhana, katanya.

-- BERNAMA

No comments:

Posting Terkini