Pages

Saturday, January 24, 2009

Nasib 5 kem PLKN belum diputuskan

KUALA LANGAT 24 Jan. — Nasib lima kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang tidak dibenarkan menampung pelatih bagi siri pertama program itu awal tahun ini belum diputuskan lagi, kata Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil.

Lima kem itu masing-masing di Terengganu, Pahang, Sabah, Kedah dan Pulau Pinang ditutup kerana masalah prasarna dan hanya akan dibenarkan mengambil pelatih jika jabatan berpuas hati dengan pematuhan oleh pihak kem berkenaan, katanya kepada pemberita semasa melawat Kem PLKN di Jugra, Banting sempena Hari Terbuka 81 kem PLKN di seluruh negara hari ini.

Mulai esok para pelatih akan dibenarkan pulang bercuti sehingga Rabu sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Kem PLKN Jugra menempatkan 379 peserta yang 259 daripadanya datang dari Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata terdapat lebih 1,000 permohonan dari kalangan remaja yang mahu meyertai PLKN secara sukarela pada siri pertama tahun ini di seluruh negara, tetapi hanya 54 permohonan yang diluluskan.

— BERNAMA


No comments:

Posting Terkini