Ketua Umno Cawangan Panchor tak mengaku salah
MELAKA: Ketua Umno Cawangan Panchor, Alor Gajah, Johari Ibrahim dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini, pagi ini atas tuduhan memberi rasuah RM200 kepada seorang perwakilan parti itu.
ohari, 46, yang juga Ahli Jawatankuasa Umno Alor Gajah dan bekerja sebagai kontraktor, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik saja pertuduhan ke atasnya itu selesai dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Kamar Jamaluddin kira-kira jam 9.10 pagi.
Beliau yang diwakili peguam Shamsul Iskandar Mohd Akin didakwa mengikut Sesyen 10 (b) (aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya, Wong Poi Yoke.- BH
Ahli Umno Bahagian Raub tak mengaku salah
KUALA LUMPUR: Seorang ahli Umno Bahagian Raub yang juga seorang penolong kanan sekolah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Jalan Duta, pagi ini, atas dua tuduhan memberi rasuah berjumlah RM400, September lalu.
Tertuduh, Junaidi Hamid, 45, yang berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Tanjung Putus, Raub, bagaimanapun tidak mengaku bersalah terhadap pertuduhan berkenaan dan minta dibicarakan.- BH
Naib Ketua Umno Beruas tak mengaku salah
IPOH: Naib Ketua Umno Beruas, Azman Noh mengaku tdak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tuduhan memberi rasuah RM300 kepada seorang perwakilan pada pemilihan Umno Bahagian itu, 9 November lalu.
Kesalahan dilakukan tertuduh pada 11 Oktober di rumah nombor 10A, Kampung Sungai Ramai, Air Tawar, Manjung.- BH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment