Pages

Thursday, January 22, 2009

Guru penolong kanan mengaku tak bersalah beri rasuah

KUALA LUMPUR 22 Jan. – Seorang guru penolong kanan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan memberi rasuah sebanyak RM400 kepada dua ahli UMNO pada pemilihan bahagian Raub September tahun lalu.

Junaidi Abdul Hamid, 45, yang juga ahli UMNO cawangan Raub didakwa melakukan perbuatan itu dengan memberi masing-masing RM200 kepada Noranizah Abd. Hamid dan Adnan Samad di coffee house, hotel Grand Season di sini pada pukul 8 malam 13 September 2008.

Wang tersebut sebagai dorongan untuk kedua-dua mereka mengundi Datuk Mustafar Kamal Ab. Hamid sebagai ketua dan Datuk Abdullah Bakar sebagai timbalan ketua UMNO bahagian Raub.

Hakim Rosbiahanim Arifin membenarkan Junaidi dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 23 Mac ini untuk sebutan semula kes itu. - Utusan

No comments:

Posting Terkini