Friday, November 14, 2008
PAS Terus Mendokong Konsep Negara ‘Berkebajikan’
Kemaman – Sebagai sebuah parti yang amat bertanggungjawab PAS terus mendokong konsep Negara berkebajikan yang menjadi manifesto pilihanraya umum lalu, walaupun tidak memerintah di negeri ini.
Keprihatinan pemimpin dan petugas PAS terutama dalam soal kebajikan sudah diterima umum dan amat disenangi banyak pihak.
Buletinonline berpeluang mengikuti kerja-kerja kebajikan yang berterusan dijalankan oleh PAS Kawasan Kemaman, khususnya dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chukai baru-bau ini.
Timbalan Yang diPertua PAS Kawasan Kemaman, merangkap Pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Chukai Haji Hanafiah Mat@Ramli telah menjadikan rutin mingguannya bertemu golongan miskin warga emas serta golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam DUN tersebut.
Kunjungan rombongan MTD Chukai pada petang itu menziarahi pertama keluarga Sabanun Mustafa, 50, di Kampung Tengah, Chukai.
Puan Sabanun telah menetap di kampung tersebut atas rezab tanah perkuburan sejak dilahirkan 50 tahun lalu yang kini mempunyai lima orang anak berusia 13 hingga 28 tahun.
“Pendapatan keluarga kami kecil sahaja dan suami hanya bekerja sebagai pemandu lori sampah dengan gaji RM850 sebulan.
“Tiga orang dari anak-anak kami masih bersekolah lagi yang memerlukan kos perbelanjaan tinggi,” jelasnya kepada Harakah, baru-baru ini.
Menurutnya, pihak PAS selalu menghulurkan bantuan serta sumbangan kebajikan meski pun bukan lagi sebuah kerajaan.
Katanya wakil rakyat BN belum pernah datang melihat atau meninjau kawasan tersebut sejak diberi mandat oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-12 lalu.
Hadir sama pada kunjungan tersebut Ketua dan Timbalan Muslimat PAS Cawangan Kampung Tengah, Puan Sabariah Mohamad dan Wan Ramlah Wan Bakar.
Sumbangan berupa barangan keperluan asas serta duit disampaikan oleh Haji Hanafiah yang juga bekas calon PAS Dun Chukai. --Buletin Online
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment