PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad percaya Khairy Jamaluddin, yang dijangka berhadapan dengan saingan anaknya, Datuk Mukhriz dan beberapa calon lain, akan menang pemilihan Ketua Pemuda Umno Mac depan.
"Meskipun anak saya akan bertanding (jawatan Ketua Pemuda), saya tidak ragu-ragu bahawa Khairy akan memperoleh kemenangan," kata bekas Presiden Umno itu dalam tulisan terbaru blognya hari ini.
Dr. Mahathir yang telah banyak mengkritik kepimpinan penggantinya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan menantunya, Khairy menambah:
"Saya tidak tahu sama ada orang ramai ada mendengar pencuri yang mengatakan "pencuri!"," kata beliau yang bersara Oktober 2003 dan kepimpinan Umno dan kerajaan Barisan Nasional oleh Abdullah.
Bagaimanapun pencuri berkenaan berjaya melepaskan diri sebab orang ramai mengejarnya dari arah bertentangan.
"Pencuri yang berpendidikan tinggi berjaya melepaskan diri bersama hasil rompakan," katanya lagi.
Bagaimanapun Dr. Mahathir tidak ketinggalan mengucapkan "semoga berjaya" kepada Khairy yang kini merupakan Naib Ketua Pemuda Umno, kedudukannya yang dimenangi tanpa dicabar empat tahun lalu.
Selain Khairy dan Mukhriz yang masing-masing merupakan anggota Dewan Rakyat akan berhadapan dengan cabaran dua pemimpin yang lain termasuk bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Khir Toyo.
"Anda (Khairy) seorang yang pintar dan layak untuk dianggap sebagai graduan pintar daripada institusi agung, Oxford University dari Great Britain," katanya.
Malah dalam tulisannya Dr. Mahathir berkata, beliau turut kongsi sedih dengan nasib Khairy yang mengatakan beliau dihalang daripada menemui ahli-ahli Pemuda.
Perkembangan itu kemungkinan akan menyebabkan beliau kehilangan peluang bersaing jawatan yang diingini, katanya.
mSTAR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment