Pages

Tuesday, October 7, 2008

ADA-ADA SAJA...

Lelaki kunyah pasport janda

MOSCOW: Seorang lelaki di Russia menghadapi hukuman penjara selepas memakan cebisan pasport jandanya ketika bertengkar mengenai hak wanita itu untuk menghuni rumah flat beliau, kata para pendakwa Jumaat lalu.

'Lelaki itu mengoyak lembaran daripada pasport wanita berkenaan lalu memakannya di hadapan polis, yang menangani kes itu di Nizhny Novgorod, ke timur Moscow,' demikian seorang pegawai ditukil akhbar Vremya Novostei.

Lelaki itu, yang namanya tidak dinyatakan, boleh dikenakan hukuman setahun penjara selepas didakwa 'merosakkan dokumen rasmi' selain menyerang dan berkelakuan membahayakan, lapor akhbar itu. -- AFP.

Panda pun suka sup ayam

BEIJING: Semua orang sukakan sup ayam, tidak terkecuali beruang panda.

Taman Haiwan Wuhan di tengah China memberi makan dua ekor panda dengan sup ayam dua kali dalam sebulan bagi mengurangkan tekanan perasaan selain memberi haiwan itu makanan berkhasiat, kata para pegawai Jumaat lalu.

Encik He Zhihua berkata beruang bernama Xiwang (bermaksud Harapan) dan Weiwei (Keagungan) itu keletihan dan sedikit terkejut akibat kunjungan pelawat yang ramai sempena cuti Hari Kebangsaan China selama seminggu.

Rabu lalu 30,000 pelawat membanjiri zoo itu dan 1,000 pelancong mengerumuni kandang haiwan dan memekik- mekik agar panda itu memberi reaksi, kata Encik He. Ini membuat panda itu penat, gelisah dan tak cukup tidur. -- AP.

Terjun lintas Gunung Everest

KATHMANDU: Tiga penerjun udara mencatat sejarah dengan terjun buat pertama kali melintasi Gunung Everest semalam, menurut laporan.

Cik Wendy Smith dari New Zealand, Holly Budge dari Britain dan Neil Jones dari Canada, melakukan terjun bebas selama setengah minit sebelum membuka payung terjun dan mendarat di zon pendaratan, kata Encik Krishna Aryal, seorang pegawai Explore Himalaya, agensi penaja acara berkenaan.

Ketiga-tiga penerjun memakai topeng oksigen semasa terjun keluar daripada pesawat dari Syangboche di Gunung Everest, kata beliau. -- Reuters.

No comments:

Posting Terkini