Pages

Tuesday, September 30, 2008

Jeyaretnam, pembangkang veteran Singapura meninggal dunia

SINGAPORE: Ahli politik veteran Singapura, B. Jeyaretnam, pemimpin pembangkang pertama republik itu yang pernah memegangi kerusi Parlimen, meninggal dunia awal hari ini kerana sakit jantung.

Mendiang berusia 82 tahun.

Jeyaretnam yang kebiasaannya dikenali di Singapura sebagai J.B.J, meninggal dunia di sebuah hospital tempatan, kata anaknya yang dipetik oleh Channel NewsAsia.

Jeyaretnam telah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen dari 1981 hingga 1986 dan dari 1997 hingga 2001.

Beliau meninggalkan Parti Pekerja pada 2001, dan kemudian membantu menubuhkan Parti Pembaharuan tahun ini.

April lalu Jeyaretnam memberitahu bahawa beliau bercadang untuk bertanding lagi pada pilihan raya umum 2011.

Jeyaretnam diisytiharkan muflis pada 2001 selepas dikenakan denda AS$367,000 dalam kes fitnah yang dibawa oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong; dua bekas Perdana Menteri Lee Kuan Yew dan Goh Chok Tong serta beberapa yang lain.

Beliau telah bebas daripada muflis tahun lalu. AP

No comments:

Posting Terkini