Pages

Saturday, September 27, 2008

EU cadang haram produk makanan dari China

BEIJING 26 Sept. – China yang berdepan dengan skandal susu tercemar, terus menerima tekanan semalam apabila Kesatuan Eropah (EU) bercadang untuk mengharamkan sebahagian produk makanan dari negara ini daripada memasuki pasaran rantau tersebut.

Jurucakap EU memberitahu pemberita, pertubuhan serantau itu sedia untuk melaksanakan pengharaman sepenuhnya ke atas semua produk berasaskan susu untuk bayi dan kanak-kanak dari negara ini.

“Langkah itu bagi memastikan produk yang diimport bebas sepenuhnya daripada bahan tercemar,” katanya.

China tidak mengeskport susu dan minuman yogurt ke EU, sebaliknya hanya mengeksport produk mengandungi susu seperti biskut dan coklat.

Setakat ini, kira-kira 53,000 kanak-kanak di negara ini dilaporkan jatuh sakit dan empat meninggal dunia selepas meminum susu tercemar mengandungi melamin.

Sementara itu, jurucakap Dana Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) di sini, Dale Rutstein, melahirkan rasa kesal dengan tindakan syarikat pengeluar tenusu yang cuba menipu pengguna. - AFP

No comments:

Posting Terkini