Menteri agama gesa batal peraduan ratu cantik
JAKARTA: Menteri Ehwal Agama Indonesia, Encik Suryadharma Ali, semalam menggesa agar peraduan ratu cantik Miss World, yang dijadualkan berlangsung di Bali minggu depan, dibatalkan.
Menurutnya, pihak penganjur seharusnya mematuhi nasihat Majlis Ulama agar peraduan itu dibatalkan meskipun ia tidak lagi menampilkan peserta memakai bikini.
"Majlis Ulama Indonesia telah menyuarakan tentangan keras terhadap peraduaan Miss World kerana ia tidak sejajar dengan ajaran Islam yang menyatakan wanita Islam wajib menutup aurat," katanya.
Beliau merupakan menteri Indonesia pertama yang menyuarakan tentangan secara terbuka terhadap peraduan itu. - AFP.
1 comment:
ya,, missworld sudahditentang banyak masyarakat indonesia,, tapi Heri Tanu (cawapres 2014) malah mengusahakanya... aneh kan???
Post a Comment