Pages

Friday, July 26, 2013

Shafie Apdal Mahu Pertahan Jawatan Naib Presiden Umno


BANDAR BAHARU: Naib presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berhasrat mempertahankan jawatan tersebut yang dimenanginya pada pemilihan parti itu dua tahun lalu.
Ketua Umno bahagian Semporna itu berkata beliau membuat keputusan tersebut kerana merasakan dirinya masih mampu memberi khidmat selain untuk memperkuatkan parti.
"Sekiranya ahli-ahli Umno tidak keberatan, saya ingin menyatakan hasrat untuk mempertahankan jawatan. Saya bukan nak rebut jawatan sesiapapun cuma nak pertahankan.


“Tidak kisahlah nombor berapa pun asalkan naib presiden," katanya kepada pemberita pada majlis 'Ihya Ramadan dan Berbuka Puasa' bersama penduduk Kampung Tengas, di Masjid Al-Falah kampung itu di Serdang, dekat sini, petang Rabu.
Turut hadir pada majlis itu ialah anggota Parlimen Kulim/Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir serta anggota Exco Datuk Mohd Tajuddin Abdullah dan Datin Norsabrina Mohd Nor.
Mohd Shafie berkata beliau yakin sumbangannya sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah selama lima tahun telah meningkatkan prestasi kawasan luar bandar selain mampu melaksanakan banyak lagi usaha untuk masyarakat luar bandar. - BERNAMA

No comments:

Posting Terkini