Pages

Thursday, May 23, 2013

Puting beliung raksasa ragut nyawa minimum 91 mangsa


OKLAHOMA: Puting beliung raksasa
JAYA DISELAMATKAN: Seorang kanak-kanak lelaki (gambar atas) yang terperangkap di celah runtuhan bangunan Sekolah Rendah Plaza Towers di kawasan kejiranan subbandar Moore, dekat Bandar Oklahoma, berjaya ditarik keluar anggota pasukan penyelamat, semalam. Sementara itu, kakitangan penyelamat terus giat mencari mangsa kejadian puting beliung di sebuah bangunan yang musnah di Hospital Moore, dekat Bandar Oklahoma.
OKLAHOMA: Puting beliung raksasa sebesar sekurang-kurangnya 800 meter melanda kawasan subbandar Bandar Okhlahoma, semalam, memusnahkan keseluruhan kawasan kejiranannya.
Sebuah sekolah rendah turut dimusnahkan ribut kuat dengan angin yang berpusar-pusar itu, sedang para guru dan murid berhimpit-himpit dalam usaha mereka mencari perlindungan daripada angin dengan kederasan sehingga 320 kilometer sejam (kph) itu.

Sejauh ini, sekurang-kurangnya 91 orang dilaporkan terbunuh termasuk 20 kanak-kanak, kata para pegawai sambil menekankan perangkaan kematian akibat bencana alam itu dijangka bertambah dalam beberapa hari ini.
Ribut ganas itu - kurang satu peratus daripada semua kejadian puting beliung pernah mencecah paras kederasan yang dicapainya sebelum ini - memusnahkan kawasan subbandar Moore, di wilayah Midwest, Amerika, yang juga dikenali sebagai 'Lorong Puting Beliung' atau Tornado Alley.
Ia memusnahkan bangunan-bangunan di Moore, dua buah kawasan kejiranan didiami 41,000 penduduk, yang terletak kira-kira 16 kilometer ke selatan Bandar Okhlahoma.
Satu demi satu blok bangunan-bangunan di kawasan tersebut musnah dilanda ribut raksasa itu.
Rumah-rumah yang dirempuh angin musnah menjadi timbunan kayu-kayu patah.
Pasukan penyelamat bertungkuas-lumus mengeluarkan kanak-kanak yang terperangkap di celahan timbunan runtuhan bangunan sekolah rendah itu dan membawa mereka ke sebuah pusat rawatan.
Khidmat Cuaca Negara (NWS) Amerika menganggarkan bahawa puting beliung itu mencapai ukuran lebar sekurang-kurangnya setengah batu, atau 800 meter, dan kekuatannya mencecah paras EF-4 pada skala Fujita, yang mempunyai bacaan maksimum lima mata.
Skala Fujita (Skala-F), atau skala Fujita-Pearson, digunakan bagi mengukur kekuatan puting beliung, berdasarkan pada kemusnahannya ke atas struktur yang dibina manusia dan tumbuh-tumbuhan.
Lebih 120 orang terpaksa dirawat di hospital-hospital, termasuk kira-kira 50 kanak-kanak.
Namun, usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan hingga ke tengah malam.
Dalam satu rakaman kejadian ribut itu, awan puting beliung boleh dilihat bergerak perlahan-lahan ke seluruh landskap hijau kawasan berkenaan.
Sedang ia bergerak merentasi kawasan kejiranan, puting beliung itu menyebabkan serpihan kayu, bidai dan gelas bertaburan di jalan raya.
Gabenor Oklahoma, Cik Mary Fallin, terpaksa mengerahkan pasukan Pengawal Negara untuk membantu operasi menyelamat dan mengaktifkan tenaga para pegawai ronda lebuh raya tambahan.
Cik Fallin juga menghubungi Presiden Barack Obama, yang kemudiannya mengisytiharkan kawasan itu satu kawasan bencana besar serta mengarahkan bantuan federal dikerahkan bagi menambah usaha penyelamatan wilayah dan setempat.
Sementara itu, para ibu bapa dengan sabar menunggu nama anak mereka dilaungkan pasukan penyelamat dengan harapan mereka terselamat daripada bencara besar itu. - AP, AFP.

No comments:

Posting Terkini