Pages

Thursday, April 25, 2013

Pru-13: Pengundi wanita 'penentu' kemenangan


KUALA LUMPUR: Para pengundi wanita di kawasan undi Parlimen Petaling Jaya Selatan (PJS) boleh menjadi faktor penentu dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Pengundi wanita 'penentu' kemenangan
Gambar hiasan
Ini kerana statistik menunjukkan mereka membentuk sehingga setengah daripada pengundi berdaftar di sana, menurut satu laporan akhbar The Star, semalam.
Calon Barisan Nasional (BN), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan calon bebas yang bertanding bagi kerusi parlimen di kawasan itu memaklumi bahawa pengundi wanita adalah faktor penentu kejayaan mereka menjelang hari mengundi pada 5 Mei ini, kata laporan itu.
Sejumlah 39,000 daripada 79,699 pengundi di PJS adalah wanita dan tiga calon lelaki yang bertanding di kawasan undi itu akan berusaha gigih bagi mendapatkan undian mereka.
Calon-calon itu telah menyatakan matlamat mereka mahu menangani isu seperti kenaikan kadar jenayah dan kos sara hidup sebagai sebahagian daripada kempen masing-masing.

Mereka ialah penyandang kerusi PSJ, Encik Hee Loy Sian, daripada PKR; calon BN, Encik Sheah Kok Fah; dan calon bebas, Encik Ibrahim Khatib.
Encik Hee memenangi Parlimen PJS pada pilihan raya 2008 dengan majoriti 5,706 undi, apabila beliau menewaskan ketua Persatuan Cina Malaysia (MCA), Datuk Donald Lim, ketika itu.
Encik Sheah berkata golongan wanita itu adalah satu kuasa yang harus diiktiraf dan menjadi penentu pertandingan bagi kerusi tersebut.
Oleh itu, para calon perlu mendapatkan sokongan mereka, tegasnya.
"Isu semasa yang menjadi kebimbangan wanita berhubung masalah kenaikan kadar jenayah di Bukit Gasing, dan kos sara hidup tinggi yang menjejas mereka yang berpendapatan kurang RM2,500 ($1,015) dan golongan miskin tegar di Taman Medan.
"Wanita lebih mengetahui politik dan telah menunjukkan minat mendalam ke arah proses pilihan raya. Mereka juga menyertai pelbagai program anjuran Barisan," jelas beliau.
"Kami sedang melihat ke arah faktor pendidikan. Kami mahu generasi lebih muda memperbaiki kehidupan melalui pendidikan yang baik," kata beliau, sambil menambah bahawa program-program BN telah disusun untuk membantu kumpulan berpendapatan rendah.
Sementara itu, Encik Hee pula berkata masalah utama yang menjejas para penduduk Taman Medan adalah masalah ekonomi.
"Kebanyakan keluarga meraih gaji RM1,500 sebulan dan bagi membantu menambah pendapatan, mereka perlu dibantu memulakan perniagaan kecil-kecilan.
"Malah, sesetengah wanita telah pun melakukan ini. Mereka mendirikan gerai di luar rumah mereka dan menjual makanan untuk menambah pendapatan keluarga," kata beliau.
Encik Ibrahim, seorang peniaga, adalah seorang pendatang baru dalam politik tetapi menetapkan matlamat menarik lebih banyak wanita Melayu mengundinya.
Mengulas, pengarah eksekutif Pertubuhan Bantuan Wanita (WAO), Cik Ivy Josiah, 58 tahun, berkata kadar jenayah terhadap kaum wanita juga sedang meningkat, menyebabkan mereka bimbang terhadap keselamatan mereka.
"Kami perlukan para pemimpin yang berkebolehan dan bersikap tidak seksis yang boleh menangani masalah dengan melaksanakan strategi dalam semua kawasan undi bagi mengelakkan keganasan terhadap kaum wanita.
"Calon-calon PRU13 harus menjadi penghubung dengan pihak berkuasa yang relevan bagi menyediakan satu sekitaran yang selamat bagi mereka," tegasnya.

No comments:

Posting Terkini