Pages

Monday, April 29, 2013

Jabatan cukai Australia buru adik Taib Mahmud

Adik kepada ketua menteri Sarawak, Datuk Onn Mahmud dilaporkan sedang melarikan dari bekas rakan kongsi perniagaan dan juga jabatan cukai Australia.

Kekayaan Taib Mahmud
Laporan akhbar harian The Age menyebut, Onn yang digelar rakyat Malaysia kedua paling kaya selepas Tan Sri Abdul Taib Mahmud, dituduh mengelak daripada cukai berjumlah "puluhan juta dollar" dalam bentuk keuntungan dari urusniaga hartanah di Australia sejak dua dekad lalu.

Menurut laporan tersebut, seorang bekas rakan niaga Onn mendakwa ahli perniagaan tersebut tidak membayar cukai hartanah yang membolehkannya mendapat keuntungan sebanyak AU$10.8 juta (RM33.863 juta).

Seorang bekas Onn  yang berjaya membuat tuntutan sebanyak AU$3.8 juta (RM11.914 juta) pada 2006 memberitahu The Agebahawa hasil daripada urusniaga tersebut dipindahkan kepada satu akaun amanah di Cayman Islands.

"Kesemua operasinya disusun dengan teliti untuk memastikan beliau tidak membayar cukai di Australia," kata Farouk.

Onn didakwa melucuthak kesemua portfolia hartanahnya yang besar di Australia sekitar tahun 2007 ekoran perhatian masyarakat dunia ke atas aset keluarga Taib.

Satu syarikat bernama Crone Partners juga mendakwa Onn masih belum membayar lebih AU$500,000 daripada mereka untuk kerja-kerja rekabentuk dan senibina bagi lebih 10 projek.

No comments:

Posting Terkini