LIVERPOOL - Liverpool menamatkan kemarau tanpa kemenangan dalam lima perlawanan lalu apabila berpesta gol menewaskan Swansea City 5-0 di laman sendiri, Anfield pada perlawanan Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi.
Lima gol Liverpool diraih menerusi penalti daripada Steven Gerrard minit ke-34, Philippe Coutinho (46’), Jose Enrique (50’), Luis Suarez (56’) dan terakhir penalti yang dimanfaatkan dengan baik oleh Daniel Sturridge (71’).
Kemenangan tersebut membolehkan Liverpool mengumpul 39 mata di tangga ketujuh liga ketinggalan 26 mata di belakang pendahulu Manchester United. - AFP
No comments:
Post a Comment