Pages

Tuesday, February 19, 2013

Kes PKFZ: Saya berkata jujur, kata Tun Dr. Mahathir


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad
KUALA LUMPUR 19 Feb. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyangkal dakwaan pendakwaan bahawa beliau tidak jujur ketika memberi keterangan pada perbicaraan kes bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr. Ling Liong Sik.

Saksi keempat pembelaan itu berkata, beliau jujur meskipun ada ketika menggunakan perkataan yang tidak tepat ketika disoal balas Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah.

Dr. Mahathir berkata, istilah berhubung pengiraan tunai, nilaian kontrak dan nilaian khas adalah terlalu teknikal untuk difahami kerana beliau bukan seorang akauntan.

Terdahulu, Tun Majid mempersoal keterangan Dr Mahathir yang berbeza ketika pemeriksaan utama pada Okober tahun lepas dan pemeriksaan balas hari ini berkaitan harga nilaian tanah, sama ada RM25 sekaki persegi (skp) adalah harga tunai atau nilaian kontrak.

Tun Majid: “Untuk memahami perkataan tunai, kita tidak perlu menjadi seorang akauntan, doktor atau peguam kerana budak sekolahpun faham. Adakah anda tidak berkata jujur?"

Dr. Mahathir: “Saya minta maaf. Saya berkata jujur. Saya hanya kata saya mungkin menggunakan istilah itu secara tidak tepat sebab saya tak biasa. Budak sekolah memang faham perkataan tunai tetapi dia tak faham apa itu harga tunai, harga kontrak, harga pembelian atau harga istimewa. Saya seperti budak sekolah pada ketika itu."

Dalam prosiding hari ini, Dr. Mahathir memaklumkan cadangan harga pembelian tanah bagi projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang dikemukakan Dr. Ling adalah lebih rendah berbanding penilaian semula oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).

Dr. Mahathir berkata, berdasarkan surat bertarikh 29 Jun 2002 yang dihantar Dr. Ling kepada beliau, kadar pembelian tanah adalah RM25 skp manakala penilaian semula JPPH pada Okt 2000 ialah RM25.85 skp.
Bekas perdana menteri itu juga berkata, Dr. Ling tidak mengelirukan beliau.

Katanya, projek PKFZ adalah perkara mendesak dan Kabinet akhirnya memutuskan untuk membeli tanah itu daripada pemiliknya 2002.

"Ia tertangguh lebih tiga tahun. Peguam Negara memberi komen berhubung kemungkinan berlaku tipu muslihat dalam projek ini, ada juga idea berhubung pengambilan tanah secara wajib, dan terdapat banyak rayuan," katanya.

Beliau juga berkata, Jebel Ali (seorang pelabur) telah menarik diri dan kerajaan kerugian berbilion ringgit.

Dr. Ling didakwa menipu kerajaan Malaysia apabila tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan negeri 7324 Lot 67894 yang berasaskan RM25 skp, iaitu RM1,088,456,000 sedangkan beliau tahu JPPH, dalam menentukan nilai kadar RM25 skp, telah mengambil kira kadar kupon/faedah.

Dia juga didakwa atas dua pertuduhan pilihan (pindaan) iaitu menipu dan sengaja tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah kadar faedah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan 7324 Lot 67894 berasaskan RM25 skp, iaitu RM1,088,456,000.

Dr. Ling, yang menjadi Menteri Pengangkutan selama 17 tahun mulai 1986, didakwa melakukan semua kesalahan di tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya antara 25 September dan 6 November 2002.

Perbicaraan di depan Hakim Datuk Ahmadi Asnawi bersambung esok. - BERNAMA

1 comment:

PokAmid said...

Celaka Mahataik @ Mahashit mengaku jujur? Bak kata TT, Mahataik@Mahashit berkata jujur macam mengharap Bik Mama kembali jadi anak daro! HAHAHAAHAHAH

Posting Terkini