KUALA TERENGGANU 20 FEB: Stadium Sultan Mizan Kuala Terengganu yang runtuh sebelum ini tiga tahun lalu runtuh kali kedua hari ini dan mencederakan beberapa pekerja tempatan.
Dilaporkan, sekurang-kurangnya tiga pekerja dikeluarkan dari runtuhan itu dan dikejar ke hospital.
Ketika kejadian, bangunan tersebut sedang dibaik pulih namun tiba-tiba runtuh dan menimpa pekerja binaan terbabit yang sedang bekerja.
Turut dilaporkan struktur besi untuk bumbung stadium tersebut runtuh dalam kejadian pada kira-kira jam 11.30 pagi tadi.
Gambar runtuhan itu berlegar pantas di internet dan menjadi bahan jenaka di kalangan pengguna laman sosial.
Insiden memalukan itu merupakan kejadian kedua selepas bahagian bumbung stadium di Gong Badak, Kuala Terengganu itu runtuh pada Jun 2009.
No comments:
Post a Comment