Pages

Wednesday, January 23, 2013

Bakar Bible satu cadangan “bodoh”


Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Senator Dr Ariffin Omar
Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Senator Dr Ariffin Omar berpendapat cadangan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali untuk “bakar Bible demi penyedaran” adalah satu cadangan paling bodoh dan tidak masuk akal.

Menurut beliau, tindakan Ibrahim itu adalah satu perbuatan yang berbahaya terhadap keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia.

“Dia sudah melampau, kenapa pihak berkuasa tidak mengambil ambil tindakan ke atas Ibrahim

“Kalau isu yang sama dibangkitkan pemimpin Pakatan Rakyat (PR), sudah tentu mereka sudah diambil tindakan,” ujar beliau.

Katanya, kenyataan Ibrahim mengenai isu kalimah Allah itu sengaja dimainkan untuk mengelirukan masyarakat negara ini demi kepentingan politik.

“Apa dia tidak fikirkah, ketika British mentadbir Tanah Melayu, berapa ramai orang Islam memeluk Kristian? Berapa ramai orang Melayu masuk sekolah mubaligh dan aliran Inggeris? Tapi tak masuk Kristian pun.

“Dia juga tak sedar agaknya, yang menterjemah Bible ke dalam bahasa Melayu itu pun orang Islam iaitu Munshi Abdullah,” katanya yang juga Pensyarah di Universiti Pertahanan Nasional (UPN).

Dr Ariffin berkata, umat Islam negara ini harus sedar terhadap bahaya dan sentimen agama yang dimainkan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, Pengerusi Biro Undang-undang DAP, Gobind Singh Deo berkata, kenyataan Presiden Perkasa itu “mengandungi unsur jenayah”.

“Najib tidak boleh berdiam diri terhadap gesaan Ibrahim itu kerana ia akan menghancurkan konsep 1Malaysia yang dijaja Najib sendiri, dan membuktikan pengkritik beliau betul apabila mengatakan konsep seumpama itu semata-mata bermotifkan politik,” ujar beliau. – Roketkini.

No comments:

Posting Terkini