Pages

Saturday, August 4, 2012

Najib ke Sabah sebab takut

Naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar mendakwa perdana menteri takut dengan peralihan sokongan di Sabah apabila mahu melawat negeri itu selepas dua anggota parlimen BN beralih arah kepada Pakatan Rakyat.

"Beliau takutkah? Saya ingatkan sebelum ini beliau cakap semuanya baik-baik sahaja dalam BN," kata Nurul Izzah sinis, merujuk kepada lawatan Datuk Seri Najib Razak ke Sabah hari ini.

Najib semalam mengumumkan yang lawatannya ke Sabah bertujuan mengukuhkan kedudukan BN di negeri itu.

Lawatan itu berlangsung selepas ahli Parlimen Tuaran Wilfred Bumburing dan ahli Parlimen Beaufort Lajim Ukin menyatakan sokongan mereka secara terbuka kepada Pakatan minggu lepas.

Beliau turut menyertai Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) yang juga Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing yang meletak jawatan dalam BN Ahad lepas.
Dua anggota Parlimen BN Wilfred Bumburing (Tuaran) dan Lajim Ukin (Beaufort) minggu lalu meletakkan jawatan dalam parti. By Clara Chooi. PETALING JAYA, Aug 2 — Datuk Seri Anwar Ibrahim hinted today of more ...
Antara yang disebut-sebut adalah wakil parliament Tuaran, Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing, bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Osu Sukam dan bekas menteri pusat, Tan Sri Khasitah Gaddam. - Sumber. Pakatan Polis ...
Dua pengumuman penting di Tuaran dan di Beaufort pastinya mengubah landskap politik Sabah dan menzahirkan iltizam politik rakyat Sabah untuk mencetus serta melaksanakan agenda perubahan. KEADILAN mengalu - alukan pengumuman Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin dan Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing yang meletakkan semua jawatan dari parti masing-masing; UMNO dan UPKO serta kesediaan mereka untuk bersama Pakatan ...

1 comment:

Anonymous said...

Salam Bro,

Kalau kita baca buku Ku Li, 'Rahsia Yang Terpendam', ada Ku Li nyatakan beliau didatangi oleh 2 pemimpin parti gabungan Pakatan Rakyat sebelom PRU 12 dulu.

Kedua2 pemimpin itu mengajak Ku Li bergabung sokongan dengan mereka tetapi jawab Ku Li mudah.....Tunggu dulu! Ku Li menggambarkan kepada mereka masanya belom sesuai untuk bertindak begitu! Ku Li ada beri alasan beliau dalam buku itu tetapi saya enggan menulis di sini.

Bila Ku Li cucuk umno (BARU) tentang bayaran royati negeri Kelantan (yang kini menyebabkan PM dan umno (BARU) kelam kabut menyahut cabaran Ku Li itu) dan DSAI mencucuk politik umno (BARU)/BN di Sabah (yang juga menyebabkan PM kelam kabut hendak ke Sabah pada 11/8 mendahului DSAI yang akan ke sana semula pada 12/8), persoalannya adakah kini sudah sampai masa yang Ku Li nyatakan kepada kedua2 pemimpin gabungan Pakatan itu??

Walaupun kedua2 pemimpin itu bukan dari PKR, adakah Ku Li sudah mahu lafaz cerai kepada parti umno (BARU) yang nyata tidak bersemangat seperti parti umno lama yang Ku Li dukung itu (penubuhan AMANAH adalah justifikasi beliau!)?

Dalam ketakutan, umno (BARU) dibawah Najib sahut cabaran Ku Li tentang royalti minyak di negeri Kelantan. Dan kerajaan Pas Kelantan dan gabungan Pakatan terus mencabar Najib/kerajaan persekutuan/Umno (BARU)/BN agar TERUS sahaja membayar wang royalti itu tanpa perlu ada penubuhan panel mengkaji semula pembayaran itu!

Bagaimana kerajaan pusat hendak membayar wang royalti itu sedangkan Petronas sudah membayar kerajaan persekutuan duit2 itu setiap tahun?. Di mana Najib nak cari duit? Kalau Kelantan dibayar, adakah kerajaan Terengganu akan berdiam diri sahaja?? Tidakkah Pas Terengganu akan mencucuk kerajaan negeri Terengganu mendapatkan semula royalti yang mahadeyyy berhentikan pembayarannya sewaktu mereka memerintah Terengganu dahulu???

Bagi Nurul Izzah, ini jawapan saya. Bukan Najib yang takut tetapi Najib hanya 'berlakun takut' sahaja kerana Najib tahu siapa yang sebenarnya takut bila duit petronas disebut!

Hebat mainan politik Ku Li. Siapa kata masa dan saat kegemilangan politiknya sudah berlalu? Bacaan saya, ianya baru hendak bermula! Adakah dia akan disekat?

Saya nampak Ku Li macam sudah ada gabungan dengan kedua2 pemimpin Pakatan itu. Lagi haru jika dia bergabung dengan 'godsonnya' seperti yang dia sebut namanya dalam buku 'Rahsia Yang Terpendam' itu!!

Sewaktu saya membaca buku Ku Li itu beberapa tahun lalu, saya melihat bahawa Ku Li ada perancangan tetapi saya tidak tahu apakah ianyanya serta bila Ku Li akan memulakan rancangan itu. Namun sewaktu Ku Li menubuhkan AMANAH, sewaktu itulah saya rasai masa Ku Li bertindak sudah bermula!

Bacalah buku itu untuk mengetahui rahsia sebenar Ku Li!!!. Kalo tak baca, nanti kita tak paham tindakan bijak Ku Li ini untuk menyelamatkan Nusa tercinta ini!

sekian

Gheng lama

p/s - Adakah Ku Li sudah bergabung dengan DSAI 'dalam tindakan' walaupun nampak berbeza arah dan tujuan? Dan sudahkah Ku Li 'melamar' Najib untuk bersama beliau? (Kita sudah nampak bagaimana Najib INTIM dengan Paklah kerana kedua2 mereka alami nasib yang samaaaaaaa!......adakah Team B 1987/88 baru mahu berpadu????......hahahahhahah!)

Posting Terkini