Justeru, bekas perdana menteri itu menafikan dakwaan beliau anti-Islam kerana tidak melaksanakan hukuman hudud semasa pemerintahannya.
"Ada dua perkara (DAP tak setuju). Tak setuju hudud dan negara Islam.
"Saya isytihar Malaysia negara Islam. Itu saya sokong. Soal hudud ini, (ia) intrepretasi PAS dalam hudud. Itu kita tak boleh sokonglah.
"Hudud soal lain. (Pengerusi DAP) Karpal (Singh) tak setuju nak jadikan negara Islam ala PAS. Kita memang dah (isytihar negara) Islam dah," katanya.
Semalam, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan dakwaan bahawa DAP anti-hudud sedangkan Mahathir sebelum ini juga tidak bersetuju untuk melaksanakan hukuman itu di negara ini.
Pandangan peribadi guru pondok
Sehari sebelumnya, seorang guru pondok dalam Utusan Malaysiakelmarin bahawa haram menyokong DAP kerana parti itu didakwa "secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud."

Katanya lagi, terpulang sama ada masyarakat mahu menerimanya atau tidak kerana itu merupakan pendapat peribadi.
"Kita dapat mesej daripada Allah pun kita tak turut. Saya fikir tidak akan ramai turut apa yang dia sebut.
"Saya tak tahu betul ke tak (dakwaan). Ini pendapat mereka. Pengetahuan agama saya tak begitu mendalam," katanya lagi.
No comments:
Post a Comment