Pages

Thursday, August 23, 2012

Berkahwin 14 kali dalam masa 37 tahun


MANAMA: Seorang lelaki Arab Saudi berkahwin sebanyak 14 kali dalam tempoh 37 tahun dalam usahanya menjadi bapa tetapi ia tinggal impian.
Encik Mutlaq Sulaiman, 53 tahun, dilaporkan berkahwin buat pertama kali ketika berusia 16 tahun.
Bagaimanapun, tiga tahun selepas itu beliau sekali lagi berkahwin berikutan tekanan daripada keluarganya kerana gagal mendapat anak.
Perkahwinan kedua itu diikuti dengan beberapa perkahwinan dengan beberapa wanita pelbagai peringkat usia dan warga negara atas sebab yang sama kerana Encik Mutlaq terus gagal mendapat anak sendiri, lapor akhbar harian, Al Watan.

Encik Mutlaq adalah seorang kakitangan di sebuah jabatan pendidikan di sempadan utara Arab Saudi.
Beliau dilaporkan mengatasi bapanya sendiri yang berkahwin sebanyak lima kali manakala abangnya pula hanya berkahwin sekali.
Seorang daripada isterinya 23 tahun lebih tua daripada dirinya, manakala seorang wanita warga Syria pula berusia 36 tahun lebih muda daripadanya.
Encik Mutlaq berkata beliau amat mencintai isterinya dari Syria itu tetapi terpaksa bercerai selepas keluarga wanita terbabit menghalangnya pulang ke pangkuannya atas alasan mereka tidak mendapat anak.
Beliau kemudian berkahwin dengan isteri terbaru dua tahun lalu dan masih bersama wanita berkenaan.
Encik Mutlaq juga berjanji mendapatkan rawatan sepatutnya dalam usaha untuk mendapat anak, lapor akhbar harian itu.
"Saya tidak pernah memikirkan akan berkahwin sebanyak 14 kali tetapi saya terpaksa melakukannya kerana benar-benar mahukan seorang anak.
"Saya berusia 16 tahun ketika pertama kali berkahwin dengan seorang saudara tetapi tidak menyangka akan berkahwin lagi dengan orang lain selepas itu.
"Malah, isteri pertama menggalakkan saya berkahwin lagi supaya saya mempunyai seorang anak," katanya.
Encik Mutlaq berkata tempoh yang paling lama beliau bersama seseorang isteri yang sama adalah selama lapan tahun.
"Tempoh itu adalah dengan isteri pertama saya," katanya sambil menambah bahawa tempoh perkahwinannya yang paling singkat adalah dua tahun. - Agensi.

Popular Posts

No comments:

Posting Terkini