Pages

Thursday, August 23, 2012

Bentuk unit siasat salah laku seks dalam tentera


SYDNEY: Satu siasatan terhadap pelayanan kakitangan wanita dalam tentera Australia mengusulkan agar dinaikkan kuota bagi pengambilan jantina itu dan membentuk sebuah unit bagi menyiasat salah laku seksual terhadap mereka.
Suruhanjaya Diskriminasi Jantina, Cik Elizabeth Broderick, berkata kajian beliau selama setahun ke atas Angkatan Pertahanan Australia (ADF) mendapati adanya "halangan sistemik, budaya dan praktikal terhadap perubahan budaya" berhubung dengan status wanita.
"Dapatan menyeluruh kami adalah bahawa, walaupun terdapat kemajuan sepanjang dua dekad lalu, saya tidak yakin bahawa dalam semua tempat kerja yang berbeza yang merangkumi ADF sekarang para wanita boleh dan akan berkembang maju," kata Cik Broderick.

Siasatan itu dibentuk menyusuli satu siri skandal seks dalam tentera Australia, termasuk satu insiden yang membabitkan seorang kadet mengadakan hubungan seks dengan seorang rakan sejawat wanita, yang disiarkan menerusi laman Skype kepada teman-teman selatihannya.
Cik Broderick berkata siasatan itu mendapati keterangan "amat membimbangkan" daripada para wanita yang mengalami gangguan, diskriminasi dan penganiayaan seksual, bersama kelakuan "yang didorong seks" di tempat kerja.
Selain itu, menambahkan bilangan dan prospek kakitangan wanita juga dianggap penting dalam kajian tersebut, kata Cik Broderick.
Kakitangan wanita membentuk 13.8 peratus daripada tenaga pasukan pertahanan Australia, yang melihat kenaikan dalam pengambilan mereka sebanyak 1 peratus sejak sedekad lalu.
Menteri Pertahanan Australia, Encik Stephen Smith, dan ketua ADF, Encik David Hurley, telah menunjukkan sokongan mereka secara prinsip terhadap semua 21 saranan suruhanjaya itu. - AFP.

Posting Terkini

Tolong!! Jangan Biarkan Mahathir Mati Dalam Kehinaan 
Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan sekutu Baratnya merancang serang Syria 
Tok Guru Pondok Jangan Klik (Cerita 18sx) Mulut Atas & Mulut Bawah 
H1N1 ragut nyawa seorang wanita muda 
PENURUNAN HARGA KERETA: BARISAN NASIONAL TIDAK BOLEH BERMUKA-MUKA 
Johan Bintang Kenyalang Pandelela Rinong Pamg
Manusia Berperangai Macam Syaitan Haram Jadah Bakal Jadi Sultan? 
Record radiation in fish off Japan nuclear plant 
Kimia dalam gincu, ubat gigi boleh bawa masalah jantung, otot 
“Alif Mim Nun Wau (UMNO)…bunyinya sarkis” 
Happy Birthday Madonna! Together We Celebrate!!! 
Yes Yes Yes!!! Kejayaan Seperti Ini Rakyat Malaysia Mesti Perjuangkan! 
Berlaku Hanya Di Negeri Tadbiran Pakatan Rakyat 
Muslim Heroes: Sulaiman Al Rajhi 
Kasihanilah Tangan Yang Meminta, Insaflah Wahai Yang Berada 
Last Friday of the holy month of Ramadan at Jama Masjid, in New Delhi, India,
Friday prayers in month of Ramadan in Quetta
Post Ini Hanya Untuk Wanita ~ World's Most Expensive Ladies Underwear 
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Walillahilhamd 
Kullu am wa antum bi-khair. 
Perutusan Eidul Fitri 1433 Hijrah Presiden Parti Keadilan Rakyat 
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) 
Kereta api beri perkhidmatan percuma sempena Eidul Fitri 
Mensyukuri nikmat kurniaan Illahi 
PANDELELA DILANTIK IKON WANITA MUDA CEMERLANG 
Temujanji: Google Hangout Bersama Anwar Ibrahim 
Hamburg bandar Jerman pertama iktiraf hari kebesaran Islam 
Perkauman Bangsa Cina: Daripada 270 penerima biasiswa, hanya 2 Melayu!!! 
Tiga Menteri Lelaki Terlibat Bersama Shahrizat Dalam Kes NFC 
KEADILAN LANCAR KEMPEN “TURUNKAN HARGA KERETA” 
TAHNIAH DARI DATO 'SERI WAN AZIZAH, PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat 
UMNO bayar Abdullah Sa’amah RM2 juta jadi wakil Tuhan 
Noh Omar yang terdesak, tersalah desak! 
14th August 2012 Raja Petra Kamaruddin does his lies again! 
Hasan Akidah Tubuhkan "Yasasan Murni Akidah"

No comments:

Posting Terkini