Pages

Thursday, March 8, 2012

Tengku Mahkota Pahang: Jangan kaitkan saya dengan kes khalwat Badrulamin

tengku abdullah ahmad shah
Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, bertitah supaya pihak yang terbabit berhenti mengaitkan nama baginda dengan siasatan kes khalwat pemimpin PKR, Dr Badrulamin Baharon di negeri itu, baru-baru ini.

Baginda bertitah dakwaan yang mengatakan bahawa baginda terbabit dalam siasatan kes itu adalah sangat mengejutkan kerana semasa kejadian itu, baginda tidak berada di tanah air.

"Ketika kejadian saya tidak ada di dalam negara, saya cuma nak tahu siapa yang terbabit...tak bolehlah kaitkan saya dengan kes ini sebab ini adalah masalah peribadi.

"Minta jasa baik hentikan perkara ini, saya harap tak perlulah kaitkan lagi nama saya dan jika kes ini (khalwat) memang berlaku, biarlah pihak yang bertanggungjawab yang menyiasat dan saya ikhlas tidak menyebelahi mana-mana pihak," titah baginda.

Baginda bertitah kepada pemberita selepas meninjau beberapa venue Sukan Malaysia (Sukma) Pahang XV di Kompleks Sukan Pahang, Bandar Indera Mahkota di Kuantan, hari ini.

Tengku Abdullah diminta mengulas beberapa laman blog yang mengaitkan nama baginda dalam siasatan kes tangkapan khalwat Dr Badrulamin dengan seorang wanita berstatus isteri orang di sebuah hotel di Balok minggu lalu.

- Bernama
Badrulamin Bahrom tolong ubah perangai 

No comments:

Posting Terkini