Saturday, February 11, 2012
Dalang di balik foto separuh bogel Adun berwajah baru
KUALA LUMPUR: Hilmi Hazimin Malek yang dikehendaki polis bagi membantu siasatan mengenai penyebaran gambar separuh bogel Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan, Cik Elizabeth Wong, (foto atas) sejak tiga tahun lalu dikesan mengubah penampilannya sepanjang berada di Indonesia.
Hilmi, 37 tahun, kini menyimpan jambang dan janggut serta tidak mempunyai misai ketika ditahan pihak Imigresen Indonesia di Pulau Batam.
Sumber berkata Hilmi ketika berada di republik itu juga mengubah cara pemakaian supaya kelihatan lebih matang.Menurut sumber itu, ketika disiasat Hilmi mengaku dia adalah Hilmi Hazimin dan bukan Azmin Helmi seperti dalam dokumen palsunya.
'Hilmi turut mengaku dia orang yang dikehendaki Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana pengedaran gambar bogel Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor,' katanya kepada Utusan Malaysia di sini, kelmarin.
Hilmi pernah dilaporkan sebagai bekas teman lelaki Cik Wong.
Dalam laporan sebuah portal dari negara jiran itu Sabtu lalu, rakyat Malaysia tersebut yang dikenali sebagai 'Azmin Helmi' ditahan oleh pegawai Imigresen Indonesia di Batam sehari sebelum itu kerana memiliki dokumen palsu.
Lelaki tersebut, yang dikesan mempunyai alamat di Ampang, Selangor, dan dilahirkan pada 27 Mac 1975, dikatakan mempunyai kad pengenalan Indonesia dan kad keluarga palsu. Ia dipercayai dikeluarkan di Batam selain kad kelahiran palsu daripada Karimun.
Labels:
Malaysian Politik,
Pakatan Rakyat,
Perempuan,
Sex
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment