Pages

Wednesday, January 25, 2012

Sekilas Berita Dunia


Dua korban puting beliung di AS
MIAMI: Dua orang maut manakala lebih 100 cedera susulan puting beliung yang melanda Alabama, Amerika Syarikat, kelmarin.Lebih 200 kediaman dilaporkan musnah.

Mangsa yang terkorban ialah seorang remaja berusia 16 tahun dan seorang warga emas, 82 tahun. -- AP.

Askar pro-Gaddafi serang bandarBENGHAZI: Pasukan tentera yang setia kepada bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, melancarkan serangan di beberapa bandar, membunuh tujuh pejuang yang membantu menggulingkan rejim terdahulu.

Serangan itu dilancarkan di Bani Walid, Tripoli dan Benghazi tempat kebangkitan menentang Gaddafi bermula hampir setahun lalu. -- AP.


Dr M akur menteri isytihar hartaKUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata menteri kabinet perlu bersifat telus dan jujur, termasuk mengisytiharkan harta mereka dan keluarga kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) lapor mStar Online.

No comments:

Posting Terkini