Pages

Monday, January 16, 2012

PM Yingluck beri jaminan Thailand selamat



BANGKOK: Perdana Menteri Yingluck Shinawatra memberi jaminan semalam kepada pihak awam dan pelancong asing bahawa Thailand selamat daripada serangan pengganas, selepas 12 negara mengeluarkan amaran pelancongan ke negara itu.

Cik Yingluck menegaskan semua langkah keselamatan telah diambil dan semua agensi relevan diarah memantau suasana itu dengan teliti.

Kedutaan Amerika Syarikat dan Israel memberi amaran kepada rakyat masing-masing di Thailand tentang kemungkinan berlaku serangan pengganas di Bangkok Jumaat lalu, sehari selepas polis Thai menahan seorang suspek pengganas warga Lebanon. -- Agensi.

No comments:

Posting Terkini