MILAN 24 Nov. - Sebuah mahkamah Itali semalam membenarkan aktor Amerika Syarikat, George Clooney dan pemain bola sepak Real Madrid, Cristiano Ronaldo boleh dipanggil sebagai saksi dalam kes perbicaraan bekas Perdana Menteri Silvio Berlusconi yang dituduh mengadakan hubungan seks dengan seorang gadis di bawah umur.
Menurut seorang pegawai mahkamah, pasukan peguam bela mahu kedua-dua selebriti tersebut memberi keterangan dalam perbicaraan Berlusconi atas tuduhan membayar wang untuk mengadakan hubungan seks dengan seorang gadis berusia 17 tahun dan kemudian cuba menyembunyikan skandal itu.
Menurut seorang pegawai mahkamah, Clooney dan Ronaldo adalah antara 78 saksi termasuk beberapa bekas menteri kerajaan, penyanyi serta dua aktres dipanggil oleh pihak pembelaan mengikut senarai yang diluluskan hari ini. - AFP
No comments:
Post a Comment