Thursday, November 24, 2011
Dewan Rakyat lulus Bajet 2012 berjumlah RM232.8 bilion
Persidangan Dewan Rakyat malam tadi meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 (Belanjawan 2012) berjumlah RM232.8 bilion.
Belanjawan 2012 itu diluluskan kira-kira 10.33 malam apabila bacaan kali ketiga oleh Menteri Kewangan Kedua Datuk Ahmad Husni Hanadzlah menyaksikan lebih suara menyokong.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut hadir di Dewan Rakyat. Bajet itu melebihi belanjawan tahunan ini sebanyak 9.4 peratus.
Pada 7 Okt lalu, Najib membentangkan Belanjawan 2012 yang merangkumi RM181.6 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM51.2 bilion bagi perbelanjaan pembangunan.
Dalam ucapannya, Najib berkata belanjawan negara akan terus berada dalam defisit, trend yang bermula sejak 1998 tetapi menjangkakan kadar defisit itu akan berkurangan kepada 4.7 peartus tahun depan.
Pakatan mendakwa bajet yang dibentangkan itu sebagai belanjawan pilihan raya kerana bebera habuan tunai seperi bantuan persekolahan RM100 dan juga bantuan RM500 kepada pendapatan isi rumah kurang RM3,000 juga ditawarkan.
Labels:
Parlimen
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment