SHAH ALAM, 7 Julai - Pemimpin Umno-Barisan Nasional mementingkan diri sendiri dan tidak bersungguh-sungguh membela nasib rakyat, kata Ahli Dewan Undangan negeri Sekinchan, Ng Suee Lim.
Katanya, ia diperlihatkan dengan jelas oleh mantan menteri besar Selangor, khir toyo yang membina mahligai bernilai 24 juta ringgit, walaupun hanya berkhidmat untuk tempoh lapan tahun sahaja.
Bercakap dalam sidang media di Bangunan Annex, Shah Alam hari ini, Ng Suee Lim berkata, keadaan ini amat berbeza dengan kepimpinan menteri besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat.
“ Saya rasa ini masa yang sesuai untuk dedahkan, walaupun esok perbicaraan anwar dan sidang dun, semua itu secara kebetulan, dan yang penting adalah pengundi di Manek Urai perlu buat keputusan yang tepat.
“Ini menunjukkan perbezaan antara menteri besar dan menteri besar, contohnya di Kelantan, hingga sekarang masih duduk rumah kampong. Sebagai rakyat kita perlu memilih pemimpin yang betul-betul berjiwa rakyat dan berwibawa,” katanya.
Beliau membuat pendedahan ini supaya pengundi di Kawasan Manek Urai dapat membuat keputusan tepat untuk memilih pemimpin yang benar-benar dapat membantu mereka pada pilihanraya kecil kawasan itu, 14 Julai ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment